-->
DUNIA SENI VISUAL
SELAMAT DATANG KE DUNIA SENI VISUAL

Monday, 3 September 2012

Fungsi Lukisan


FUNGSI LUKISAN
Perkataan lukisan dalam Bahasa Inggeris ialah ‘drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermaksud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.
Beberapa buku menyatakan lukisan adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan.
Istilah daripada kamus The Oxford : The art of representing by line, delineation without color or with a single color.
Bermaksud, lukisan ialah garisan yang membentuk imej yang tidak menggunakan warna atau menggunakan warna yang terhad.
Lukisan boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk “Unforgettable Fire” yang dilukis oleh pelukis amatur iaitu Yusuko Yagamata di Jepun pada tahun 1945, menggambarkan peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.
Lukisan gua merupakan sebuah bukti sejarah kemampuan manusia pada zaman prasejarah mampu mencurahkan ekspresinya ke dalam sebuah lukisan.
Pada dinding zaman Mesir purba, lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang gemilang.
Di Malaysia, lukisan gua menggunakan imej binatang, menggambarkan binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dahulu.
Lukisan gua merupakan gambaran sebuah pengalaman, perjuangan dan harapan hidup manusia pada masanya. Lukisan menggambarkan kehidupan sosial ekonomi dan alam kepercayaan masyarakat pada masa itu.
Lukisan juga merupakan luahan jiwa seseorang baik kepada mereka yang “boleh” melukis dan sebaliknya. Sebuah lukisan mampu memberikan seribu makna pada pelukisnya.
Seni asasnya adalah produk pemikiran dan emosi. Ia juga boleh diklasifikasikan sebagai perangkap persepsi yang mewakili minda pada satu-satu masa. Walaupun hanya satu garisan, ia adalah luahan emosi pelukis.
Lukisan kanak-kanak dihasilkan, menggambarkan luahan emosi dan mempunyai makna yang tersendiri. Lukisan seorang ibu yang memegang tangan seorang anak sambil tersenyum, menggambarkan satu kehidupan berkeluarga yang harmoni dan ceria.
Lukisan juga sebagai maklumat komunikasi yang penting. Poster-poster yang ditampal, memberikan info-info yang berguna seperti Jauhi Dadah





Posted by anapgsr at 12:16:00 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Azizah dan Norul Azmah

KALENDAR

Cuteki widget gadget

DEMI MASA

Cuteki widgets

AKHBAR HARI INI

  • HARIAN METRO
  • UTUSAN MALAYSIA
  • BERITA HARIAN

Followers

TERJEMAH

Blog Archive

  • ▼  2012 (13)
    • ▼  September (7)
      • Contoh Batik
      • Contoh Topeng Mata
      • Sejarah Seni Visual Malaysia
      • ANIMASI
      • pelukis tanah air
      • Peranan Guru Pendidikan Seni Visual
      • Fungsi Lukisan
    • ►  August (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)

SENI

SENI
Powered by Blogger.