Wednesday, 19 September 2012
Sejarah Seni Visual Malaysia
Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris
telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina
atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan
flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod
sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh
pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.
Pihak
Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran
Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah
berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni
Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan
pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme,
Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.
Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.
Pada mulanya halatuju penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.
Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur. Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan kepada para penaung Syarikat Peniagaan Eropah.
Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa kumpulan penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan yang dapat memberi sokongan kewangan.
Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang. Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya. Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai. SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu.
Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga. Buku teks yang digunakan ialah ’Kitab Rajah-rajah Anyaman’ oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.
Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga tahun terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid buku di mana hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang mengikutinya. Menganyam jaring bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. Pertukangan tanah liat di mana hanya sebilangan penuntut sahaja dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain daripada tanah liat.
Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni Halus Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina.
Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran karya-karya pelukis asing, terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan Cina. Pelukis tempatan turut diberi peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942 hingga 1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi Seni Halus Nanyang.
Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian dengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang Dunia ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton dan Amoy. Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris.
Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan tradisi seni moden di Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal kerana menggabungkan konsep Barat dan Timur dalam hasil karya mereka, yang kemudiannya dikenali sebagai Nanyang. Apabila Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di Philomatic Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-pelukis tempatan yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukis-pelukis lain.
Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong Mun Sen, dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara pengasas kelab ini termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagai Timbalan Presiden, Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai bendahari dan Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli jawatan kuasa. Mereka telah mengadakan Pameran seni dan Fotografi yang pertama. Kebanyakan karya yang dipamerkan adalah mengikut aliran Realisme Barat dan Post Impressionism di samping beberapa lukisan berus Cina tradisional. Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia dan singapura telah diundang untuk menjayakan pameran ini. Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang mengadakan pameran tahunan secara tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina pulau Pinang. Jemputan ini amat menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi sumbangan yang positif. Pameran ini merupakan pameran terakhir Penang Impressionist sebelum dibubarkan sebelum bermulanya Perang dunia Kedua. Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang ke Eropah atau pun telah dipindahkan.
Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi pameran di bawah pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew, pengumpul karya seni) dan seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika peperangan, aktiviti-aktiviti pertubuhan terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana kawalan keselamatan yang dikenakan di kawasan desa dan pantai. Akhirnya, pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun pada tahun 1941. Pada tahun 1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa ekspatriat seperti Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard Walker yang merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu guru Sekolah St Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga Presiden persatuan tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau disanjung tinggi sebagai pelukis yang cekap dan penglibatan aktifnya dalam Persatuan Pelukis Cina dan Persatuan Seni Singapura.Renaissance Art

Tuesday, 18 September 2012
ANIMASI
Secara
umum, animasi merupakan satu perlakuan yang mana boleh ‘menghidupkan’
sesuatu atau membuatkan sesuatu itu ‘bergerak’. Selain daripada itu,
menganimasikan pula ialah menggerakkan sesuatu objek itu supaya bergerak
atau hidup. Membuat atau melakukan proses animasi merupakan
menggerakkan gambar atau lukisan, patung atau objek tiga dimensi dengan
kiraan yang pantas agar hasil daripada gerakan tersebut akan membuatkan
gambar-gambar tersebut ‘hidup’.
Animasi
berasal daripada perkataan Latin yang memberikan maksud ‘dihidupkan’
atau bring to life. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, animasi
merujuk kepada satu perbuatan atau proses yang mana dapat menjadikan
sesuatu objek atau benda itu kelihatan ‘hidup’ dan seakan ‘bernyawa’.
Mengikut kepada Computer Animation Dictionary, animasi
boleh didefinisikan sebagai satu proses membentuk ilusi perkataan di
dalam sebuah filem atau video menerusi gabungan gambar-gambar atau pun
gabungan pergerakan yang direkod daripada kerangka-kerangka imej.
Animasi berasal dari dunia fotografi dan juga ilustrasi rekabentuk
grafik atau komunikasi visual. Animasi juga merupakan gambar yang lahir
daripada dua disiplin iaitu filem dan gambar.
Gaya Animasi
Lukisan Tangan
Lukisan
tangan memberikan maksud iaitu lukisan yang dihasilkan pada kertas yang
mana proses tersebut ialah merakam sesuatu secara beriringan
untuk memaparkan pergerakan. Cara tersebut sebagai satu ujian pensel dan
selepas itu ialah pembersihan. Penggunaan dakwat dan warna
diaplikasikan ke dalam lukisan tersebut dengan mereka komposisi ke atas
semua lapisan dan latar belakang dan rakaman ke atas filem di dalam satu
frame pada satu-satu masa.
Stop-Motion
Gaya
animasi ini pula ialah menganimasikan sebuah model dan
merakamkan posisi yang berbeza pada setiap frame yang ada. Gaya animasi
ini juga merupakan salah satu teknik untuk memanipulasikan watak supaya
dapat bergerak dengan sendiri. Ilusi akan berlaku apabila pergerakan
dimainkan dalam beberapa masa yang ditetapkan.
Gaya
animasi ini pula ialah gaya yang dikawal oleh komputer yang mana
boleh digerakkan pada masa yang nyata. Komponen mekanikal dan elektronik
yang disalut dengan kulit sintetik dapat digerakkan dengan menggunakan
enjin. Secara umum, animatronics digunakan dalam pembikinan filem malah
boleh juga digunakan di taman tema dan bentuk lain untuk hiburan.
Gaya
animasi ini pula biasanya dikaitkan dengan patung atau puppetry.
Pelakon ditugaskan untuk mengawal karektor animasi yang akan dilakonkan
agar kelihatan seperti hidup walaupun pada dasarnya apa yang dilakonkan
itu adalah watak kartun. Kebiasaannya, patung direka khas dengan watak
yang ingin disampaikan dan juga lengkap dengan memakai baju atau suit.
Karektor Animasi
Animasi
gaya ini adalah satu bentuk animasi paling berkualiti tinggi yang
mana karektor tersebut dapat menghidupkan karektor yang sebaliknya iaitu
khayalan atau virtual. Beberapa pembangun kepada karektor animasi ini
ditugaskan dengan pengawalan pergerakan karektor, melancarkan perjalanan
pergerakan karektor serta menambah perberakan sekunder pada karektor.
Animasi seperti ini dibina dengan gabungan teknik inverse dan forward
kinematics dan juga motion capture.
Kesan Khas Animasi
Kesan
khas animasi ini biasanya seperti menghidupkan semula
fenomena semulajadi seperti api, asap, angin, habuk, air dan pelbagai
bentuk salji dan laut, kilat, bayang-bayang dan sebagainya. Namun
begitu, penghasilan kesan khas tersebut perlu disesuaikan dengan latar
belakang filem atau jalan cerita tersebut. Teknik yang memberikan
peluang kepada pereka animasi untukmengawal kepelbagaian unsur masa
seperti sistem partikel dan simulasi dinamik.
Animasi kesan visual untuk aksi secara langsung adalah lengkap secara visual yang dipadankan dengan pergerakkan, warna, pencahayaan, perspektif dan keadaan yang sebenar. Kesan ini juga menarik kerana digabungkan dengan aksi yang disediakan dengan pereka sinematografi
pelukis tanah air
Siti Zainon Ismail
SITI ZAINON ISMAIL Pengkaji
seni budaya warisan Melayu, adalah seniman penyair dan pelukis ini
adalah puteri kelahiran Gombak, Kuala Lumpur (18 Disember 1949).
Berdarah keturunan Melayu - Minang - Batubara, Jawa - Banjar. Juga
diasuh oleh 'ayah kedua' berketurunan Acheh-Patanni. Mendapat pendidikan
asas di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah
Langgar, Kota Bharu ( 1956- 1957-1961) dan seterusnya ke Sekolah
Menengah Aminudin Baki (SAB), Kuala Lumpur (1962-1968). Beliau mengaji
dengan abah dan 'ayah Mat' yang juga memberinya cerita wayang kulit. Di
Kota Bharu juga beliau mula belajar mencolek kain batik. Di SAB beliau
dilatih oleh guru senilukis Idris Haji Salam sehingga ia bergabung pula
dengan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS, 1964-1968). Oleh minatnya
kepada seni lukis beliau melanjut ke pendidikan seni di Institut Seni
Indonesia (ASRI) jurusan Seni Lukis (1970-1973). Beliau merupakan
pelajar seni lukis yang kerap memenangi Anugerah Sketsa Kartini
(1970-1973). Selama di ASRI turut bergabung dengan Sanggar Dewata dan
turut pameran keliling Jawa. Pada bulan Februari 1974 pulang ke tanahair
bertugas sebagai Jurulatih seni lukis di Kementerian Kebudayaan Belia
dan Sukan (1974-1976). Seterusnya sebagai tutor di Universiti Kebangsaan
Malaysia ( 1976) dan lulus Sarjana Sastera (UKM. 1980). Ph.D (UM.
1992). Hingga kini masih mengajar di Pusat Bahasa. Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu dalam bidang kepakarannya Seni Budaya Warisan (kursus
Kesenian Melayu Tradisional. Pemerian Budaya Benda, Tekstil dan Busana
Melayu, Sejarah dan Teori Penghayatan Seni, Penulisan Kreatif). Beliau
juga adalah Felow Penyelidik ATMA (1995-1996) dan Pengarah Kebudayaan
UKM (1996-1999). Sekarang adalah Profesor di UKM.
Gelora Gelombang Jugra adalah meditasi seni beliau yang dilontarkan dalam nada penuh kesenyapan. Beliau menganyam garisan lyrical dengan pastel sehingga membentuk perasaan yang tenang dan shahdu.
Monday, 3 September 2012
Peranan Guru Pendidikan Seni Visual
PENGURUS
merancang aktiviti
bertanggungjawab terhadap peralatan
mengawal kelas/ studio
membuar penilaian
menjalankan aktiviti luar
PEMBIMBING
Membimbing murid
Membuat aktiviti pemulihan kepada yang memerlukan
Melaksanakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan
PEMUDAHCARA

Pengajaran berteraskan ansur maju
Pembelajaran berdasarkan tahap kebolehan murid
Mengaitkan unsur luar dalam P&P
MOTIVATOR
Menjalankan aktiviti bina semangat dan membentuk keyakinan murid.
Merangsang dan menggalakkan murid
Membawa perubahan
Sebagai dorongan dan memberi bimbingan
Menyelesaikan masaalah
INISIATOR
Merangsang pemikiran murid
Memberi soalan yang kreatif dan kritis
Menyokong aktiviti penyelesaian masalah
Menyarankan kolaboratif dan koperatif dalam kerja berkumpulan
Fungsi Lukisan
FUNGSI LUKISAN
Perkataan
lukisan dalam Bahasa Inggeris ialah ‘drawing’ yang asalnya dari dua bahasa
iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’
iaitu ‘dragan’ yang bermaksud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh
badan.
Beberapa
buku menyatakan lukisan adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering
atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan.
Istilah
daripada kamus The Oxford : The art of representing by line, delineation without
color or with a single color.
Bermaksud,
lukisan ialah garisan yang membentuk imej yang tidak menggunakan warna atau
menggunakan warna yang terhad.
Lukisan
boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang
digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk
dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan
bertajuk “Unforgettable Fire” yang dilukis oleh pelukis amatur iaitu Yusuko
Yagamata di Jepun pada tahun 1945, menggambarkan peristiwa pengeboman Bandar
Hiroshima.
Lukisan
gua merupakan sebuah bukti sejarah kemampuan manusia pada zaman prasejarah
mampu mencurahkan ekspresinya ke dalam sebuah lukisan.
Pada
dinding zaman Mesir purba, lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan.
Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk
meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang gemilang.
Di
Malaysia, lukisan gua menggunakan imej binatang, menggambarkan binatang yang
mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dahulu.
Lukisan
gua merupakan gambaran sebuah pengalaman, perjuangan dan harapan hidup manusia
pada masanya. Lukisan menggambarkan kehidupan sosial ekonomi dan alam
kepercayaan masyarakat pada masa itu.
Lukisan
juga merupakan luahan jiwa seseorang baik kepada mereka yang “boleh” melukis
dan sebaliknya. Sebuah lukisan mampu memberikan seribu makna pada pelukisnya.
Seni
asasnya adalah produk pemikiran dan emosi. Ia juga boleh diklasifikasikan
sebagai perangkap persepsi yang mewakili minda pada satu-satu masa. Walaupun
hanya satu garisan, ia adalah luahan emosi pelukis.
Lukisan
kanak-kanak dihasilkan, menggambarkan luahan emosi dan mempunyai makna yang
tersendiri. Lukisan seorang ibu yang memegang tangan seorang anak sambil
tersenyum, menggambarkan satu kehidupan berkeluarga yang harmoni dan ceria.
Lukisan
juga sebagai maklumat komunikasi yang penting. Poster-poster yang ditampal,
memberikan info-info yang berguna seperti Jauhi Dadah
Subscribe to:
Posts (Atom)