-->
DUNIA SENI VISUAL
SELAMAT DATANG KE DUNIA SENI VISUAL

Tuesday, 18 September 2012

ANIMASI




Secara umum, animasi merupakan satu perlakuan yang mana boleh ‘menghidupkan’ sesuatu atau membuatkan sesuatu itu ‘bergerak’. Selain daripada itu, menganimasikan pula ialah menggerakkan sesuatu objek itu supaya bergerak atau hidup. Membuat atau melakukan proses animasi merupakan menggerakkan gambar atau lukisan, patung atau objek tiga dimensi dengan kiraan yang pantas agar hasil daripada gerakan tersebut akan membuatkan gambar-gambar tersebut ‘hidup’.



Animasi berasal daripada perkataan Latin yang memberikan maksud ‘dihidupkan’ atau bring to life. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, animasi merujuk kepada satu perbuatan atau proses yang mana dapat menjadikan sesuatu objek atau benda itu kelihatan ‘hidup’ dan seakan ‘bernyawa’. Mengikut kepada Computer Animation Dictionary, animasi boleh didefinisikan sebagai satu proses membentuk ilusi perkataan di dalam sebuah filem atau video menerusi gabungan gambar-gambar atau pun gabungan pergerakan yang direkod daripada kerangka-kerangka imej. Animasi berasal dari dunia fotografi dan juga ilustrasi rekabentuk grafik atau komunikasi visual. Animasi juga merupakan gambar yang lahir daripada dua disiplin iaitu filem dan gambar.



Gaya Animasi

Lukisan Tangan
Lukisan tangan memberikan maksud iaitu lukisan yang dihasilkan pada kertas yang mana proses tersebut ialah merakam sesuatu secara beriringan untuk memaparkan pergerakan. Cara tersebut sebagai satu ujian pensel dan selepas itu ialah pembersihan. Penggunaan dakwat dan warna diaplikasikan ke dalam lukisan tersebut dengan mereka komposisi ke atas semua lapisan dan latar belakang dan rakaman ke atas filem di dalam satu frame pada satu-satu masa.

Stop-Motion
Gaya animasi ini pula ialah menganimasikan sebuah model dan merakamkan posisi yang berbeza pada setiap frame yang ada. Gaya animasi ini juga merupakan salah satu teknik untuk memanipulasikan watak supaya dapat bergerak dengan sendiri. Ilusi akan berlaku apabila pergerakan dimainkan dalam beberapa masa yang ditetapkan.

Animatronics
Gaya animasi ini pula ialah gaya yang dikawal oleh komputer yang mana boleh digerakkan pada masa yang nyata. Komponen mekanikal dan elektronik yang disalut dengan kulit sintetik dapat digerakkan dengan menggunakan enjin. Secara umum, animatronics digunakan dalam pembikinan filem malah boleh juga digunakan di taman tema dan bentuk lain untuk hiburan.

Persembahan Animasi
Gaya animasi ini pula biasanya dikaitkan dengan patung atau puppetry. Pelakon ditugaskan untuk mengawal karektor animasi yang akan dilakonkan agar kelihatan seperti hidup walaupun pada dasarnya apa yang dilakonkan itu adalah watak kartun. Kebiasaannya, patung direka khas dengan watak yang ingin disampaikan dan juga lengkap dengan memakai baju atau suit.

Karektor Animasi
Animasi gaya ini adalah satu bentuk animasi paling berkualiti tinggi yang mana karektor tersebut dapat menghidupkan karektor yang sebaliknya iaitu khayalan atau virtual. Beberapa pembangun kepada karektor animasi ini ditugaskan dengan pengawalan pergerakan karektor, melancarkan perjalanan pergerakan karektor serta menambah perberakan sekunder pada karektor. Animasi seperti ini dibina dengan gabungan teknik inverse dan forward kinematics dan juga motion capture.

Kesan Khas Animasi
Kesan khas animasi ini biasanya seperti menghidupkan semula fenomena semulajadi seperti api, asap, angin, habuk, air dan pelbagai bentuk salji dan laut, kilat, bayang-bayang dan sebagainya. Namun begitu, penghasilan kesan khas tersebut perlu disesuaikan dengan latar belakang filem atau jalan cerita tersebut. Teknik yang memberikan peluang kepada pereka animasi untukmengawal kepelbagaian unsur masa seperti sistem partikel dan simulasi dinamik.

Kesan Visual dan Aksi Langsung Animasi
Animasi kesan visual untuk aksi secara langsung adalah lengkap secara visual yang dipadankan dengan pergerakkan, warna, pencahayaan, perspektif dan keadaan yang sebenar. Kesan ini juga menarik kerana digabungkan dengan aksi yang disediakan dengan pereka sinematografi

Posted by anapgsr at 12:52:00 am
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

3 comments:

  1. Unknown11 August 2021 at 23:05

    TERIMA KASIG INFO YANG SANGAT MEMBANTU

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Unknown11 August 2021 at 23:06

    TERIMA KASIH INFO YANG SANGAT MEMBANTU

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. Unknown28 October 2021 at 22:59

    cantik blog, btw terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Azizah dan Norul Azmah

KALENDAR

Cuteki widget gadget

DEMI MASA

Cuteki widgets

AKHBAR HARI INI

  • HARIAN METRO
  • UTUSAN MALAYSIA
  • BERITA HARIAN

Followers

TERJEMAH

Blog Archive

  • ▼  2012 (13)
    • ▼  September (7)
      • Contoh Batik
      • Contoh Topeng Mata
      • Sejarah Seni Visual Malaysia
      • ANIMASI
      • pelukis tanah air
      • Peranan Guru Pendidikan Seni Visual
      • Fungsi Lukisan
    • ►  August (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)

SENI

SENI
Powered by Blogger.