FUNGSI LUKISAN
Perkataan
lukisan dalam Bahasa Inggeris ialah ‘drawing’ yang asalnya dari dua bahasa
iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’
iaitu ‘dragan’ yang bermaksud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh
badan.
Beberapa
buku menyatakan lukisan adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering
atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan.
Istilah
daripada kamus The Oxford : The art of representing by line, delineation without
color or with a single color.
Bermaksud,
lukisan ialah garisan yang membentuk imej yang tidak menggunakan warna atau
menggunakan warna yang terhad.
Lukisan
boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang
digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk
dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan
bertajuk “Unforgettable Fire” yang dilukis oleh pelukis amatur iaitu Yusuko
Yagamata di Jepun pada tahun 1945, menggambarkan peristiwa pengeboman Bandar
Hiroshima.
Lukisan
gua merupakan sebuah bukti sejarah kemampuan manusia pada zaman prasejarah
mampu mencurahkan ekspresinya ke dalam sebuah lukisan.
Pada
dinding zaman Mesir purba, lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan.
Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk
meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang gemilang.
Di
Malaysia, lukisan gua menggunakan imej binatang, menggambarkan binatang yang
mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dahulu.
Lukisan
gua merupakan gambaran sebuah pengalaman, perjuangan dan harapan hidup manusia
pada masanya. Lukisan menggambarkan kehidupan sosial ekonomi dan alam
kepercayaan masyarakat pada masa itu.
Lukisan
juga merupakan luahan jiwa seseorang baik kepada mereka yang “boleh” melukis
dan sebaliknya. Sebuah lukisan mampu memberikan seribu makna pada pelukisnya.
Seni
asasnya adalah produk pemikiran dan emosi. Ia juga boleh diklasifikasikan
sebagai perangkap persepsi yang mewakili minda pada satu-satu masa. Walaupun
hanya satu garisan, ia adalah luahan emosi pelukis.
Lukisan
kanak-kanak dihasilkan, menggambarkan luahan emosi dan mempunyai makna yang
tersendiri. Lukisan seorang ibu yang memegang tangan seorang anak sambil
tersenyum, menggambarkan satu kehidupan berkeluarga yang harmoni dan ceria.
Lukisan
juga sebagai maklumat komunikasi yang penting. Poster-poster yang ditampal,
memberikan info-info yang berguna seperti Jauhi Dadah
No comments:
Post a Comment