Siti Zainon Ismail
SITI ZAINON ISMAIL Pengkaji
seni budaya warisan Melayu, adalah seniman penyair dan pelukis ini
adalah puteri kelahiran Gombak, Kuala Lumpur (18 Disember 1949).
Berdarah keturunan Melayu - Minang - Batubara, Jawa - Banjar. Juga
diasuh oleh 'ayah kedua' berketurunan Acheh-Patanni. Mendapat pendidikan
asas di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah
Langgar, Kota Bharu ( 1956- 1957-1961) dan seterusnya ke Sekolah
Menengah Aminudin Baki (SAB), Kuala Lumpur (1962-1968). Beliau mengaji
dengan abah dan 'ayah Mat' yang juga memberinya cerita wayang kulit. Di
Kota Bharu juga beliau mula belajar mencolek kain batik. Di SAB beliau
dilatih oleh guru senilukis Idris Haji Salam sehingga ia bergabung pula
dengan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS, 1964-1968). Oleh minatnya
kepada seni lukis beliau melanjut ke pendidikan seni di Institut Seni
Indonesia (ASRI) jurusan Seni Lukis (1970-1973). Beliau merupakan
pelajar seni lukis yang kerap memenangi Anugerah Sketsa Kartini
(1970-1973). Selama di ASRI turut bergabung dengan Sanggar Dewata dan
turut pameran keliling Jawa. Pada bulan Februari 1974 pulang ke tanahair
bertugas sebagai Jurulatih seni lukis di Kementerian Kebudayaan Belia
dan Sukan (1974-1976). Seterusnya sebagai tutor di Universiti Kebangsaan
Malaysia ( 1976) dan lulus Sarjana Sastera (UKM. 1980). Ph.D (UM.
1992). Hingga kini masih mengajar di Pusat Bahasa. Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu dalam bidang kepakarannya Seni Budaya Warisan (kursus
Kesenian Melayu Tradisional. Pemerian Budaya Benda, Tekstil dan Busana
Melayu, Sejarah dan Teori Penghayatan Seni, Penulisan Kreatif). Beliau
juga adalah Felow Penyelidik ATMA (1995-1996) dan Pengarah Kebudayaan
UKM (1996-1999). Sekarang adalah Profesor di UKM.
Gelora Gelombang Jugra adalah meditasi seni beliau yang dilontarkan dalam nada penuh kesenyapan. Beliau menganyam garisan lyrical dengan pastel sehingga membentuk perasaan yang tenang dan shahdu.
No comments:
Post a Comment